Monday 14 January 2013

Cara kreatif mengajar subjek sejarah

Assalamualaikum sekalian ummah,

tahun ni kali ke 3 penulis mengajar subjek sejarah islam,,pada mulanya agak merisaukan memandangkan penulis sendiri kurang ilmu tapi penulis ambil subjek ni sebagai challenge untuk dir sendiri so bermulalah sesi exploration kitab2 sejarah dulu,,buku bacaan tambahan tak kira tajuk apa asalkan boleh bantu semasa P&P.. so penulis cipta sedikit kaedah la untuk memudahkan pelajar faham dan belajar sambil santai and no tension2..:
- bagi sinopsis awal tajuk yang akan kita ajar ( induksi, gambar sangat membantu)
- keluarkan isi penting dan jadikan dalam bentuk point.( pastikan pelajar tanda seperti arahan kita)
- mula bagi makna (jika sejarah dlm bahasa arab)
- buat sesi soal jawab selepas mengajar ( kuiz)
- beritahu pelajar buat nota pada point yang dah dikeluarkan tadi
- bagi latihan ( seeloknya buat dalam kelas sambil boleh berbincang so lebih kuat ingatan)
- sekiranya ada pelajar mengantuk minta mereka berdiri ( penulis pernah buat sampai habis masa,,sapa nak duduk kena jawab soalan,,cara ni  memang amat berkesan,,TEGAS!) 

kaedah di atas boleh digunakan bagi sejarah bahasa melayu atau arab..bukan senang nak tarik minat pelajar belajar sejarah...cikgu seboleh mungkin kena guna mimik muka atau nada suara yang pelbagai, pergerakan yang lincah supaya pelajar yang mengantuk kita boleh detect..ini pengalaman yang dapat penulis kongsikan sebagai cikgu selama hampir 3thn..

Wassalamualaikum,

No comments:

Post a Comment