Friday 1 February 2013

Kerja Kursus Tarikh Islam 2012

Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak prosedur dalam menyiapkan kerja kursus tarikh islam oleh pihak jais, antaranya:

1) Pihak JAIS akan memanggil penyelaras SMA dari semua sekolah untuk mengikuti taklimat panduan untuk menjalankan projek kerja kursus tersebut sekitar akhir bulan 4 supaya projek tersebut dapat dijalankan pada awal bulan 5.

2) Penyelaras akan mengadakan taklimat khas kepada para pelajar tingkatan 4 khususnya tentang perjalanan projek tersebut. 

3) Pelajar diberi tempoh 3 bulan untuk menyiapkan kerja kursus tersebut kerana di situ terdapat markah terkumpul sebanyak 20%.

4) Sepanjang tempoh 3 bulan tersebut pelajar diminta untuk berhubung dengan guru penyelia bagi membantu mereka dalam menyiapkan kerja kursus tersebut dengan baik sepertimana yang ditetapkan.

5) Pelajar digalakkan untuk mencari sumber rujukan dari kitab2 dan maklumat tambahan dari internet..Kaedah ini mengajar pelajar sedikit sebanyak teknik untuk mencari bahan assigment.

6) Setelah guru penyelia menyemak semua kerja kursus tersebut maka markah akan dihantar terus ke JAIS dalam tempoh 2 minggu.

No comments:

Post a Comment