Friday 1 February 2013

Persediaan Sebelum Exam SMA

Tugas penyelaras SMA sebelum menghadapi peperiksaan SMA adalah seperti berikut:

1- Penyelaras akan dipanggil taklimat oleh pihak JAIS di tempat yang ditetapkan untuk menyerahkan borang pendaftaran peperiksaan SMA untuk makluman semua calon (pelajar) dari segi pendaftaran, pertukaran pusat,perpindahan pusat peperiksaan,baiki slip dlln.

2- Penyelaras akan mengadakan taklimat ringkas kepada pelajar berhubung dengan pendaftaran tersebut seperti meminta IC, nama penuh dalam bahasa Rumi dan Jawi untuk menentukan nombor giliran pelajar..Semakan maklumat tersebut akan dibuat sebanyak 2 kali bagi mengelakkan kesalahan ejaan dlln.Pendaftaran tersebut akan dihantar ke JAIS dan pihak JAIS akan menyerahkan kepada pihak sekolah borang pendaftaran yang baru dan lengkap.

3- Penyelaras akan membuat peta kedudukan berdasarkan tempat yang pihak sekolah tentukan(kelas/ dewan). Peta berlainan mengikut tempat dan pihak PAID akan membuat pemantauan.

4- Penyelaras akan mengambil jadual peperiksaan dan sticker untuk nombor giliran pelajar di PAID ( sticker ini boleh ditulis oleh pelajar bagi memudahkan urusan).Jadual akan diserahkan kepada pelajar seminggu sebelum peperiksaan dan sticker sehari sebelumya.

5-  Penyelaras perlu menyediakan giliran guru yang akan menjaga pelajar pada hari peperiksaan dijalankan. Penyelaras juga wajib memastikan semua kelengkapan/ alat2 tulis,jam,gam,gunting,pisau disediakan untuk kemudahan pengawas peperiksaan.

Semua ini dibawah pengawasan penyelaras..sekian..


No comments:

Post a Comment