Sunday 9 December 2012

duit atau DUIT kaedah anda cari pasangan?


Qibtiah (bukan nama sebenar)merupakan seorang guru agama di sekitar negeri selangor,beliau berusia awal 20 an dan telah berkahwin.Mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang mencecah hampir setahun.Manakala suaminya seorang peniaga kecil-kecilan yang tidak putus asa memberikan yang terbaik buat Qibtiah dan anaknya. Kini Qibtiah mampu hidup gembira dengan keluarga barunya.

Dulu,Qibtiah bukanlah seorang begitu cekal menempuh hidup dek kerana sering menemui kegagalan dalam mencari pasangan hidupnya.Sejak dari zaman pengajiannya lagi Qibtiah sudah mula mencari namun semuanya separuh jalan bagaikan timba mencari perigi.Apabila memasuki zaman pekerjaannya pula, Qibtiah  tidak putus asa berusaha. Dengan bantuan dari sahabat karibnya Qibtiah akhirnya telah menemui cinta hatinya yang kini merupakan suaminya tercinta.

Qibtiah berfikir barangkali ada di antara langkahnya dalam memilih pasangan hidupnya itu terdapat kesilapan yang tidak disedari.Setelah direnung kembali perjalan hidupnya,dia telah menemui satu kaedah menarik dalam mencari pasangan yang dirasakan sesuai untuk dikongsikan bersama orang lain, iaitu DUIT:


1) Doa:
Berdoalah sekerap yang mungkin dan mohonlah pertolongan dari Allah yang nyata dapat merealisasikan tujuan doa kita tersebut.Bacalah doa dari ayat 89 surah anbia dan ayat 74 surah furqan.

2) Usaha :

- Luaskan pergaulan
    Carilah seramai mungkin teman dalam hidup supaya kita belajar mengenali diri seseorang dan cuba
    mengkaji sekiranya ada di antara mereka yang sesuai dengan citarasa kita. Memandangkan teknologi
    berkembang pesat jadi mudah untuk berhubung. Tetapi!wajiblah mengikut syariat yang sebetulnya.

- Meminta bantuan orang lain
    Gunakan sahabat atau keluarga sebagai orang tengah untuk menjelaskan isi hati kita terhadap calon
     pasangan yang sudah dikenalpasti supaya jika niat kita ditolak sekurang-kurangnya kita tidak begitu
    malu dan kecewa .Jika dulu orang tua memainkan peranan penting dalam mencari jodoh anak-anak.

- Jangan terlalu mencari kesempurnaan
    Setiap manusia tidak akan sempurna sifatnya, jadi dalam mencari pasangan janganlah terlalu memilih     mengikut kehendak hati sehinggakan kekurangan tersebut menyebabkan kita putus asa dalam mencari. Sesungguhnya kesempurnaan itu milik Allah. Orang yang terlalu meletakkan kesempurnaan akan melihat semua manusia dihadapannya bodoh.

3) Ikhtiar :

Jika kita sudah berusaha dengan apa adanya lalu memperolehi beberapa calon yang difikir layak maka,pilihlah yang paling terbaik di kalangan yang terbaik itu, (Choose the best among the best).

4) Tawakkal :

  Serahkan segalanya kepada Allah kerana doa, usaha, ikhtiar segalanya sudah dilakukan.Jodoh itu rezeki   jika berjaya lau berkahwin maka syukurlah kepada Allah manakala, jika penghujung hayatnya bercerai berai pastinya kita mampu redha dengan ketentuan ilahi kerana ada hikmah di sebaliknya.



No comments:

Post a Comment